Sunday, 9 February 2014

BAGUS SANGAT LA KITA NI KAN?


assalamualaikum wbt and hi bloggers and non-bloggers alike,

secara jujurnya Iki tengah rasa disappointed sangat dengan sesetengah orang dalam masyarakat malaysia yang majmuk ni, yang mana  kita selalu ada je ruang nak rasa diri kita, atau klik kita, atau geng kita, atau kampung kita, negeri kita, kaum, bangsa etc sampaikan jenis software handphone kita lebih baik dari yang lain. like seriously? 

"kau team ios."
"tu ha budak android"
"windows? seriously???!"

tapi, kalau setakat nak menyatakan perbezaan dan meraikan kepelbagaian tu takpe, okay and bagus lagi. sebab memang perbezaan dan kepelbagaian itu akan sentiasa wujud kan?

Iki tak mahu bebel panjang mengenai perbezaan yang kita boleh pilih untuk belong to. ye la, kalau dah rasa tak mahu pakai ios, boleh tukar ke android or windows kan. kalau nak guna the legendary nokia 3310 pun takpe sangat. itu kita boleh pilih.

Iki nak petik tentang sesuatu yang kita tak boleh pilih pun. iaitu bangsa dan suku kaum. kita tak boleh pilih itu kan? Allah yang kurniakan bangsa kita kan? tak kira la, melayu ke, cina ke, india ke, pan-asian ke, kadazandusun ke, banjar ke, and the list goes on. Ini kita tak boleh pilih. kalau kita kata bangsa kita lebih baik dari yang lain samalah macam kita kata Tuhan tu zalim sebab tak jadikan that orang lain tu sebangsa dengan kita. faham tak maksud saya?

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). [QS 49:13] 
 
same goes to our warna kulit, tinggi ke rendah kita etc. maka, renung-renungkanlah, adakah benar kita ini dari yang terbaik (bertaqwa)? kadang-kadang kita ni tak sempat nak berfikir dengan lebih dalam before nak kata itu dan ini. hati-hati jangan sampai kita menyakiti hati orang, dan kita menyalahkan takdirNya tanpa sedar.


Iki sayang Malaysia.
peace.


5 comments:

Akeyla Azmi said...

Betul, sedih dengan org cemtu kan.......
</3

Akeyla Azmi said...

Sedih bila ramai racist kan.
Bukan apa, kalau kita racist dgn orang,ingat org lain takleh ke nk racist dgn kita haih.
Buat lah baik dgn sape2 pun kan? :)

Faridzul said...

nice post. thanks for sharing :)

Razi ten said...

Yeah agree, some people are too proud of their own races that they would do anything for the sake of their races, in other words, too obsessed with it. It was like repeating back the history of Arab Jahiliah that we learnt during school's history before, the Semangat Assabiah and Taksub on each other's Kabilah.
No matter what races we are, we are the same, ummah of the Prophets Muhammad SAW.

fadh leyanie said...

sikap perkauman ni lah punca keamanan goyah,.